
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at Sg Conkak |
Pernah tahap agak meghoyan jugalah berangan nak jumpa Stacy dalam 2 minggu ada termimpi jumpa Stacy and asyik update status FB tentang Stacy, tiba-tiba saya di invite di FB untuk join bersantai dengan Stacy di Sg Congkak bayaran RM10 sahaja, makan semua lengkap, dan bagi yang tiada transport turun sahaja di stesen LRT Ampang dan pihak StacyFrenz akan bawa kami. Terus minta izin ibu dan dia tak kisah, so mula-mula di sana saya diam sahaja kerana saya fikir yang datang sampai 100 lebih semua minat Stacy semenjak zaman AF lagi dan ada yang kenal Stacy dari Gangstarz (Evoke) lagi. Saya pula baru sahaja minat, apa sajalah yang saya ada untuk buat Stacy perasan atau ingat saya, tapi bila aktiviti start sayalah yang paling bising sekali, aktiviti terbahagi beberapa kumpulan dan nama kumpulan saya Extreme (juara) sedang ramai-ramai mandi di sungai saya perasan Stacy sahaja tak mandi pasal dia kata lupa bawak baju lebih so saya terus amik peluang keluar daripada sungai, tukar baju dan bertegur dan ajak Stacy amik beberapa keping gambar. Tak sangka Stacy artis paling peramah dengan peminat pernah saya jumpa (yang dah jumpa pasti tahu). Stacy senang cam saya mungkin kerana saya kerap bermain yoyo pada ketika itu, saya pula ada rakam-rakam sepanjang aktiviti. Namun kali pertama jumpa dah bermacam perkara saya berguaru bersama Stacy. http://www.youtube.com/watch?v=HKgYYgbWN8U (link video Beriadah bersama Stacy di Sg Congkak)
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at Giant Senawang |
Setelah berjumpa Stacy rasa seronok dibuat kawan, selepas seminggu jumpa di Sg Congkak, kebetulan ibu saya nak turun Senawang untuk hantar barang lalu saya minta nak tengok Stacy di Giant, semasa semua artis dah buat sound check Stacy baru sampai, Stacy salam semua kanak-kanak di situ tiba-tiba dia ternampak saya terus dia menjerit dan salam saya, saya pula rasa malu pasal semua pandang saya. Masa persembahan Stacy, saya dapat naik ke pentas untuk menari depan Stacy. Sangat bermakna pengalaman sepanjang haritu. Bermain rebut kerusi dengan Adi Sixth Sense, Teka Teki dengan Aliff Sattar, Menyanyi dengan Nubhan, Menari dengan Stacy.
http://www.youtube.com/watch?v=rknZsYYH4LE (link video Stacy di Giant Senawang)
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at Buffalo Steakhouse |
Lebih kurang 2 minggu kemudian saya ikuti pula persembahan beliau di Aeon Setiawangsa, kemudian Stacy lambai di kamera saya pasal dari atas pentas dia nampak saya, kemudian kami beramai-ramai tunggu di tempat kereta akan sampai untuk amik Stacy. Stacy masih sempat layan semua peminat-peminat dia. Kemudian P.A Stacy SMS saya tanya nak tak datang Studio Menari mereka tak? saya pada mulanya tak faham saya jawab sahaja "Ya". Rupanya saya dan yang lain dapat makan bersama Stacy sedangkan saya baru jumpa 3 kali dah dapat makan sekali memang betul Stacy pandai jaga penykong-penyokongnya yang ikhlas sokong beliau, so sangat blurr sepanjang di meja makan pasal macam tak percaya. http://www.youtube.com/watch?v=sMOv86dieEQ (link video Stacy di Jusco Setiawangsa)
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at Johor Baru |
Saya berada di Kolej dan demam teruk tak boleh nak bangun sangat, doktor nasihatkan saya berehat, tiba-tiba kawan saya Jimy call saya dan kata ingin amik saya dan turun Johor semata-mata nak tengok Stacy perform di Konsert Lawak di JB. Tengah sakit-sakit saya on je. Sampai di sana dah kena naik pentas bersama Azrul Raja Lawak. Stacy tiba selepas mahgrib dan dari jauh kakak Stacy (cherry) dah lambai-lambai. Stacy sampaikan lagu Jahat dan Pakai Buang. Habis persembahan kami ramai-ramai pergi makan di sebuah Restoran yang pernah muncul dalam drama TV Dunia Anita. Ketika bergamabr Stacy perli saya dengan jauhkan diri daripada saya pasal tahu banyak kali begambar saya tak pernah nak rapat pasal malu, tapi haritu kali pertama saya rapat sikit dengan Stacy dan stacy tak berhenti cakap Thank You kerana sudi datang
http://www.youtube.com/watch?v=VliNXEeyrEA (Stacy at Konsert Lawak JB)
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at TGI Friday Sunway Pyramid |
Stacy perform di KL Sentral dengan berpakaian sangat ringkas dan menjemput 2 kanak-kanak kecil bersama-sama beliau di atas pentas, lepas dah perform diajak ke Sunway Pyramid makan bersama Stacy, setelah berkali-kali jumpa Stacy barulah kali pertama saya betul-betul memandang mata Stacy ketika berbual dengan Stacy dan first time bebrbual panjang sedikit, kerana saya selalu banyak berdiam diri sahaja bila depan Stacy, saya minta autograf Stacy di atas laptop Dell saya. Ketika bergambar saya macam tiada keyakinan diri kerana baru potong rambut tapi hasilnya ramai berpendapat gambar saya dengan Stacy kali ini paling sweet? Mungkin kerana baju kami berdua tshirt putih. Pada masa yang sama Stacy dapat tahu minggu depan adalah birthday saya (26 Mac) dan Stacy juga ada persembahan di Dataran Merdeka pada hari yang sama. Stacy juga ada offer saya masuk kelas tarian beliau dan menjadi dancer beliau. Namu saya tak dapat terima kerana saya sibuk belajar.
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at Dataran Merdeka |
On My birthday berlangsung Konsert di Dataran Merdeka, peminat-pemnat Stacy yang lain berpeluang jumpa Stacy di belakang pentas semasa awal kehadiran Stacy, saya pula awal-awal lagi jalankan tanggungjawab merakam persembahan Stacy di bahagian penonton, titik permulaan saya meminati Jozan kerana mereka jadi Emcee dan saya tak berhenti ketawa sehingga sakit perut, Stacy sangat hebat pada malam itu dengan persembahan lagu Jahat dan Pakai Buang. Mula-mula Stacy sampai dia dah cari saya kerana ingat hari ini birthday saya so kak Abby Yanty rakamkan ucapan Stacy kepada saya.
http://www.youtube.com/watch?v=4z4v3aIqg6E
(video Persembahan Stacy dan ucapan birthday saya)
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at Konsert Tirai AF9 |
Konsert tirai AF9 start malam tapi saya tengah hari dah ada di sna dan dapat berjumpa Cikgu Shafi yang dulu pernah mengajar saya vokal sekejap. Saya juga berpeluang dapat jumpa artis-artis AF lain. Di situ saya juga dapat bersembang dengan Zahid, Aril, Shahir, Hafiz : sangat friendly. Persembahan Stacy yang simple tapi mantap tak mgecewakan, tema pakaian semua adalah merah hitam pada malam itu tapi tak tahu Mawi sorang sahaja entah pakai jaket untuk joging dan sangat pelik warnanya persembahan dia pun macam lalok je tak concentrate (perasan perwatakan Mawi sangat lain semenjak kahwin). Sampai situ jelah cerita pasal Mawi. Overall as usual best dapat jumpa Stacy pada malam tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=ibNU_dTpdv0
(link video Stacy di Konsert Tirai AF9)
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at her Studio |
Saya juga dijemput oleh my mak angkat , mama Finie (Makcik Stacy) untuk ke sambutan birthday Anaknya Adel, so diadakan di studio dance beliau, so saya sampai awal untuk sama-sama tolong apa yang patut, so majlis berlangsung sampai tengah malam, dapat menyanyi karaoke dan saya tak perasan Stacy di bahagian atas sedang tengok saya nyanyi dan ada juga menari sedikit. So dalam gambar ni di saya dan Stacy dua-dua tengah comot pasal berpeluh.
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at Titiwangsa |
Gamabr yang ini ketika selepas persembahan Stacy di Titiwangsa, It's kinda a big show but kurangnya audience entah kenapa, maybe cara show itu di publishkan tak cukup meirah atau tersebar agaknya kerana ia persembahan yang melibatkan ramai artis but well semua orang ternanti-nati kemunculan Stacy plus menyampaikan lagu terbaru iaitu Kisah Dongeng pada ketika itu memang tengah naik. Saya pada masa yang sama sedang migrain yang teruk pada hari tersebut.
Amirul Syakir and Stacy at Konsert Cornetto |
Agak lama tak berjumpa Stacy akhirnya berjumpa semula di Aeon Setiawangsa, selalu jumpa artis buat persembahan di sini, kali ini sempena Konsert Cornetto. Respect Stacy membawa 4 lagu secara terus, dan Kasanova berkumandang buat kali pertama secara live, tapi berbeza dengan official yang kita dengat hari ini dan Dance Step pun berbeza but there's something about this unofficial version that I prefer more than the official one. Berpeluan lepak dan jumpa artis lain di belakang pentas.
![]() |
Amirul Syakir and Stacy Angie, Percalonan Kisah Dongeng at Sri Pentas |
![]() |
Amirul Syakir and Stacy Angie |
![]() |
Amirul Syakir and Stacy Angie |
Gambar suap ini, semasa Stacy Frenz menganjurkan berbuka puasa bersama Stacy dan keesokannya juga adlah birthday Stacy. Saya sampai lewat kerana guna public transport so orang berbuka jam 7 lebih saya sampai sana almost 9 P.M, saya main jalan kaki untuk ke Bora Ombak, Ampang
![]() |
Amirul Syakir and Stacy at Final Mania |
Almost setahun saya tak berjumpa Stacy hanya ikuti perkembangan, support daripada belakang, sperti voting dan lain-lain. Asyik baca sahaja good review daripada ramai orang dan artis-artis lain tentang Stacy antara yang terbaik antara semua peserta Mania yang lain. Memang tak pernah dapat tengok sama ada secara live mahupun di kaca TV. Sehingga final baru saya decide untuk datang walaupun dah lama tak join dengan yang lain-lain. Saya dapat makin ramai muka-muka baru yang ada bersama Stacy dan ada yang kenal saya begitu sahaja. Tapi bukti Stacy tak lupa dan hargai peminat-peminat beliau, saya disambut mesra oleh Stacy. Ada yang tegur saya pada malam itu terkejut and perasan Stacy layan saya berbeza dengan yang lain dan saya di salam oleh beliau sebanyak 3 kali, kemudian pesanan terakhir beliau "Syakir lepas ni jangan hilan-hilang lagi, asyik hilang saja"
No comments:
Post a Comment